Wednesday 19 September 2012

Program Mas Gemilang PMR 2012

Pada 28 Julai 2012 yang lalu, Unit Kecemerlangan dan Akademik SMK Telok Mas telah mengadakan program Mas Gemilang yang merupakan program wajib bagi unit ini.

Saturday 28 July 2012

Majlis Graduasi Dan Mesyuarat PIBG Sekolah

Pada 28 Julai 2012 yang lalu, Unit Kecemerlangan dan Akademik SMK Telok Mas telah mengadakan program Mas Gemilang yang merupakan program wajib bagi unit ini.
Program yang bermula dari 8.00 hingga 12.00 tengahari ini telah melibatkan kesemua pelajar tingkatan 3 yang bakal menghadapi peperiksaan PMR tidak lama lagi. Berikut merupakan gambar-gambar yang telah diambil sepanjang program berjalan.

Wednesday 30 November 2011

Pacuan Minda 2012

Pacuan minda ini yang diadakan untuk pelajar tingkatan 3 dan 5 bertujuan untuk memastikan para pelajar didedahkan dengan peperiksaan masing- masing. Pacuan Minda yang diadakan di dewan sekolah bagi pelajar tingkatan 3 manakala perpustakaan sekolah bagi pelajar tingkatan 5 menampakkan hasil.


Para pelajar dikehendaki untuk membentangkan tajuk -tajuk yang diberi oleh guru kepada semua murid. Murid- murid pula diwajibkan untuk membeli sebuah buku log bagi mencatit semua pembentangan oleh kawan- kawan mereka. Kehadiran murid pula diwajibkan bagi program ini. Pacuan Minda satu yang diadakan pada tahun lepas 2011 bersambung dengan pacuan minda 2 dan seteursnya pacuan minda yang terakhir iaitu Pacuan Minda 3 pada cuti semestar 2 nanti. Program ini sangat disukai oleh pelajar kerana dapat memberikan maklumat kepada kawan- kawannya. Para guru juga turut sama menghadiri program ini bagi menyokong para pelajar.
Sekitar program Pacuan Minda 2012



program yang berakhir pada hari sabtu cuti semestar 1 berakhir jam 12.00 tengah hari. Para pelajar sanggup menghadiri demi kejayaan yang akan dicapai kelak. Harapnya para pelajar tingkatan 3 dan 5 dapat memberikan keputusan peperiksaan yang memberangsangkan.
AMIN ....

Monday 3 October 2011

majlis mohon restu (pmr)

Memandangkan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah semakin hampir,sekolah bercadang ingin mengadakan  Majlis Mohon Restu bagi pelajar Tingkatan 3.Majlis tersebut berlangsung pada 3/10/11 iaitu pada hari Isnin.

Majlis tersebut dimulakan dengan Perhimpunan Rasmi yang bermula pada pukul 7.40.Selepas berakhirnya perhimpunan,tugas pengacara majlis diambil alih.Majlis dilengkapkan dengan ucapan Puan Pengetua Cik Hjh Jamilah.Beliau sebagai pengetua telah memberi kata-2 semangat yang sangat berguna kepada calon PMR 2011.Setelah ucapan beliau berakhir,wakil pelajar Tingkatan 3,Aiman bin Abd Samad,telah mengetuai pelajar-2 Tingkatan 3 SMKTM membaca ikrar.Majlis diakhiri dengan bersalam-salaman dengan barisan guru SMKTM bagi memohon restu.Di bawah adalah jadual PMR yang bermula pada hari ini 4/10/11



SEMOGA BERJAYA UNTUK PELAJAR-2 YANG BAKAL MEDUDUKI PMR